Di sebuah kawasan perkampungan gadong jaya yang ulu, tinggal la seorang manusia yang sungguh gembira hidupnya dengan kereta kelisanya. Beliau menjalani kehidupannya seperti biasa iaitu bekerja sebagai seorang kerani di pejabat tapak pembinaan Politeknik Nilai.
Pada suatu pagi yang dingin, sedang beliau membuat kerja beliau dengan menggunakan mikrosoft word, tiba-tiba pintu bilik beliau diketuk oleh seorang manusia dari luar. Dish dish dish. "awooh Bad. Mu ada dale tok Bad" sapa Cairil sahabat beliau. Dengan pantas Bad pun menjawab teguran tersebut sambil membuka pintu, "ooo ko rupenye Cai, apahal ko datang bilik aku ni". "Hujung bulang ni kawe nak kawing, mu datang lo umoh bakal bini kawe kak Ijok, minggu lepah tu umoh kawe pulok, mu datang lo boh". "Insyaallah nanti aku datang k" balas Bad selamba sambil mencapai sebotol air ribena yang dibelinya di Maidin semalam.

Pada waktu yang sama, terdapat dua orang lagi manusia lain yang turut diajak untuk menghadiri majlis tersebut. Namun manusia tersebut teramat malas untuk pergi ke sana sendirian kerana risau akan tersesat hingga ke tempat lain. Seperti pepatah aur dan tebing, tiba-tiba Bad pun menjadi peramah pada hari itu lalu mengajak dua orang manusia tersebut pergi bersamanya seolah-olah sudah mengetahui perasaan dan rasa ulu hati mereka. Tanpa berasa malu dan segan, dua orang manusia tersebut iaitu Zaid dan Faiz terus setuju untuk pergi bersama Bad ke majlis kenduri Cairil.
Selang beberapa minggu, hari kenduri Cairil pun tiba. Mereka bertiga pun mulalah bertolak dari gadong jaya dengan menaiki kereta Kelisa Bad yang sangat laju sehingga mampu mencecah kelajuan 86 knot.
Sejam kemudian diorang pun tiba di rumah Cairil bagi meraikan hari perkahwinan pengantin. Proses mengisi perut di rumah kenduri berjalan mengikut prosedur seperti biasa. Suasana di rumah kenduri sungguh ceria sehinggakan Zaid mampu isap rokok dengan gembira dan Faiz pula sentiasa lapar sehingga terpaksa memakan bunga telor pemberian pengantin.
Setelah selesai melantak, diorang pun mulalah betolak pulang dari rumah pengantin tanpa mengetahui percutian yang bakal mereka lalui.
Setelah selesai melantak, diorang pun mulalah betolak pulang dari rumah pengantin tanpa mengetahui percutian yang bakal mereka lalui.
Dengan situasi kewangan Bad yang tidak menentu, maka Bad pun mengambil keputusan untuk menggunakan jalan persekutuan bagi mengelak akak tol yang suka mengepau duit orang di highway. Maka, secara tidak sengaja, mereka pun tersesat lah sehingga sampai di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Bila dah tersesat, apa lagi, timbullah rasa nak photoshot kt KLCC tambah-tambah lagi setelah ternampak objek tersebut dari jarak jauh.
Oleh kerana terlampau taksub nak tengok menara KLCC secara lebih dekat, maka Bad pun berusaha dengan gigihnya bagi mendaptkan tempat parking sambil berkata "mana la nak letak kelisa aku yang kacak ni" dan tiba-tiba seperti permintaan telah dimakbulkan, Bad pun menemui sebuah kawasan tempat letak kenderaan. Namun puaka di tempat letak kenderaan tersebut lebih hebat sehingga telah mengancam kewangan Bad. Mana taknya, baru je lalu tak letak pun lagi kereta dah kena cas 5 ringgit. "Tak gune punye puaka", mengeluh Bad lagi.
Bila dah keluar je dari tempat puaka tu, Bad terus tersenyum "Hahaha dapat jugak aku keluar akhirnya" kata Bad dengan rasa bongkaknya. Bagi melunaskan impiannya untuk membuat photoshoot di KLCC, Bad akhirnya nekad untuk meletakkan je kelisanya di tepi jalan tanpa menghiraukan pakcik-pakcik polis yang sering merayau di kawasan tersebut. Sampai je kat KLCC ap lagi, pakat melompat la ketiga-tiga orang sahabat tersebut seperti kanak-kanak yang baru beli Tora.
Selesai je photoshoot, diorang sume pun balik la ke kereta. Tapi bila sampai je kat kawasan tersebut, kereta bad takde sehingga menyebabkan Bad tergamam seketika ibarat beruang kutub yang tertelan bongkah ais. Disangka telah diangkut oleh DBKL tapi rupa-rupanya.....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
Tamat.hehehe
Find Me !!