Sunday, August 14, 2016






dengan nada serius ditemani muka berkerut tak boleh bergurau, hari ni nak cerita pasai myspace. myspace ni lebih kurang mcm facebook la. lebih kurang ye para hadirin sekalian. kalau lebih bg balik then kalau kurang mintak lg. boleh dikatakan semua kanak-kanak era 90's ada myspace. 


bertemakan gambar tiga budak botak beratur 
nak beli pemadam kt kedai buku


dengan bertemakan gambar tiga budak botak ni, tom andersen berjaya memikat ramai kanak-kanak untuk pegi ke cc dan bayar aunty kedai cc supaya depa boleh hias layout myspace depa semeriah kedai kain jakel di hari raya. 'a place for friend'?? yeahh. semua yg baru buat akaun myspace akan terus dapat kawan dengan tom andersen. tom andersen ni orang yg buat myspace ye para hadirin sekalian.

namun begitu ye kawan2, zaman myspace ni tak bertahan lama lepas mark zukebeg datang bawak facebook. kalau korang perasan, myspace dan facebook, dua2 guna warna asas biru. ejaan biru atau bahasa inggeris blue, dua2 terdiri dari empat abjad. kalau empat abjad ni dikaitkan dengan bentuk, bentuk paling hampir adalah segi empat. bentuk segi empat ni pulak sama mcm bentuk logo facebook dan myspace. dan boleh dikaitkan persamaan dengan bentuk murtabak ayam. hmm. mcm sedap je murtabak ayam. okeh, berbalik kepada cerita asal.



see!! i tell u meiynn. i dont prei-prei aaa



gambar tom bersama posing paling style era 90's. masa ni dia tengah 
tulis surat kat mak dia mintak hantar rendang kambing kt USA


masa kecik dulu byk jgk la duit aku habis nak hias myspace ni. bilik kt rumah bersepah pun xpa la asalkan myspace cantik. waktu kecik dulu aku dgn along selalu la buat gerakan pegi cc senyap2 xbgtau mak. konon petang2 keluar pi bersukan la. kadang2 guna alasan pi kebun siram pokok. namun begitu aku dgn along tak tipu k. kami betul2 pi kebun. siram pokok dua tiga titis then terus pegi cc. ingat ye kawan2, menghias myspace adalah matlamat utama kami. biarkan kami berlapar di sekolah demi aunty cc. lepas sejam dua hias myspace datang aunty kedai sisi menyapa sambil menepuk bahu, ''ehem, masa satu jam sudah habisss~~ mau tambah?''. lalu dengan pantas along keluarkan beg duit, dan simpan balik sbb no survival left. semua duit dh bg kt aunty. tinggal kunci beskal ja. tu pun tak laku sbb aunty layan kunci treler je



contoh layout myspace. *maaf kak kesha tak mintak izin share


ni contoh paling simple la. ada yg lg extreme siap letak daun berguguran, lagu sedih sampai nak nangis, batu nisan terbang *hmm seram pulak tetiba. untuk dapatkan grafik yang hebat ni, bukan senang ye kawan2. korang kena belajar menaip segala mcm html code.


  ilustrasi batu nisan terbang



 
inilah rupanya myspace masa nak edit profile. lps siap setting html 
baru la keluar semua daun beguguran dengan batu nisan terbang tu

 


link ni ada antara contoh template yang menjadi pujaan kanak2 90's.                     

oleh kerana budaya buat myspace ni untuk hiburan semata-mata, jadi ramai la antara kanak2 era 90s ni gunakan emel yg x betul sampai xboleh nak bukak balik bila terlupa password. sekarang, anda dipersilakan untuk tidak risau lagi ye kawan2. skrg anda dh boleh retrive balik akaun lama korang yg dh lama tak bukak. just bukak link kt bawah ni dan isi borang. semuanya online. jadi tak payah la korang susah2 beli stem. yang dah terbeli tu boleh la guna buat tampal dahi kalau demam. dipercayai suhu stem mampu menurunkan panas badan dengan tak efektif.



then lps dh send, tunggu je la sampai depa reply kt emel hangpa dan bgtau password baru. lps tu suka hati hangpa la nak hias balik letak langsir baru ka, nak tambah kusyen kulit ka, nak delete ka. that's all for this year. hopefully ada lg sisa kerajinan untuk post baru lps ni

Wednesday, March 2, 2011


bosan dan mengarut sememangnya tiada kaitan. namun, oleh kerana menghadapi tekanan perasaan dek memikirkan projek design yang membunuh sel otak dan kebosanan yang melampau, aku pun cube la buat origami kertas. kewujudan bahan yang sedia ada mendorong aku untuk lebih mengarut di pagi yang indah ni. layout untuk origami ni aku download kat http://www.marshallalexander.net dan setelah sejam bertungkus lumus maka ini lah hasilnya. hahaha




-tammat-




Monday, February 28, 2011



mcm mana entah tiba-tiba aku boleh tertarik sesuatu benda ni. papercraft atau cube craft. bende ni lebih kurang macam origami. tapi lg menarik dan moden. hahaha =..=  origami moden ini dibuat dengan menggunakan kertas, tape atau gam, gunting dan printer. origami moden ni wujud dalam bentuk gambar yang akan dicetak dan dipotong serta dilipat untuk menjadi bentuk yang diinginkan. terdapat banyak laman dan blogyangmenyediakan gambar origami moden ini dan sedia untuk dicetak. terdapat juga pelbagai macam template kosong yang boleh didownload. korang boleh gunakan templete kosong ni untuk mengedit sendiri watak atau objek papercraft korang. templete ni selalunya diedit dengan menggunakan Adobe Illustrator, Adobe Photoshop atau Pepakura dan kemudian di simpan dalam format gambar atau pdf untuk dicetak.

ni la contoh layout origami moden yang perlu dipotong






dan setelah mengkal-mengkol memotong dan menjahit maka ini lah hasilnya





banyak lagi contoh origami moden ni. untuk rujukan lanjut korang boleh la tengok kat web-web Origami Moden di bawah ni


web dan blog Origami Moden

 action cruisers Resident Evil Penny Arcade Scott Pilgrim 

Sonic X vodafone deviantart exclusives catcubetopia 

16 Bit Legacy Evan Cheng Glen Brogan Bryan Lie 

Child\'s Play brave new worlds fangamer jonny chiba 

Creature Kebab Custom Paper Toys  dolly oblong  e440

funk food ghetto paper ham headz  harlancore 

Heart of Papercuts Horrorwood jellyface  Jerom 

Just Us kobico loulou and tummie  Macula.tv Paper Toys 

Marshall Alexander mck Minimimmo  Morgan Gleave 

nanibird NiceBunny.com Nice Paper Toys  Oh-sheet 

Papercraft Paradise papercraftX paper critters  Paper Foldables  

Paper Forest Paperkraft.net paperrobots1999  Readymech

Rommy salazad saltnpaper  SF Paper Gallery 

Shin Tanaka Speakerdog 3eyedbear  Thunderpanda

Tougui toypaper.co.uk Tubbypaws  zerolabor

Desktop Gremlins